Khairy Jamaluddin hari ini telah mengumumkan “Operasi Tingkat Kapasiti” untuk Kuala Lumpur dan Selangor. Melalui operasi ini, ia disasarkan semua pendduuk dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos 2021 kelak.
Untuk tujuan ini, pihak berkuasa akan meningkatkan kapasiti dan juga bekalanuntuk suntikan vaksin.
Antara 26 Julai sehingga 1 Ogos, Kuala Lumpur dan Selangor dijangka akan melakukan suntikan sekitar 272,000 dos setiap hari.
Pada hari ini, terdapat 6.1 juta penduduk dewasa di Kuala Lummpur dan Selangor. Daripadanya, sehingga 15 Julai lepas, seramai 3.5 juta orang telah menerima dos pertama suntikan mereka.
Mengikut jadual suntikan, 1.3 juta dijangka akan menerima suntikan menjelang 25 Julai, dan 1.3 juta lagi menjelang 1 Ogos 2021 kelak.