Cari @ Amanz

Selain daripada telefon pintar, OnePlus juga bakal mengemaskini rangkaian aksesori audio mereka. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan OnePlus Buds Pro yang merupakan model kesinambungan daripada OnePlus Buds yang dilancarkan pada tahun lalu.

CNet melaporkan, fon telinga ini akan kelihatan serupa dengan AirPods Pro dari segi reka bentuk. Ia juga akan dipadankan dengan kemasan berkilat pada bahagian tangkai. Seterusnya, lain-lain bahagian pula akan dihiasi dengan kemasan matte. Katanya, OnePlus Bud Pro turut dijangka hadir dalam kemasan bewarna hitam.

Dalam pada itu, fon telinga ini juga hadir dengan sokongan Adaptive Noise Cancellation (ANC) dan tiga mikrofon yang mampu mengurangkan bunyi hingar sehingga 40dB secara automatik. Tidak habis di situ, ia juga didakwa mampu beroperasi sehingga 38 jam berterusan tanpa ANC. Jika sebaliknya, ia boleh bertahan sekitar 28 jam dengan pod pengecas.

Sebagai tambahan, terdapat sokongan pengecasan berwayar menerusi port USB-C dan pengecasan nirwayar menggunakan format Qi. OnePlus Buds Pro akan dilancarkan seriring dengan OnePlus Nord 2 pada 22 Julai ini. Nantikan pelancaran rasmi bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran dan harga jualannya kelak.

Sumber : CNET

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd