Carian
Realme Dalam Persiapan Memperkenalkan Pesaing MagSafe Tersendiri?
July 16, 2021 Aman

Pihak Apple sedia mempopularkan penggunaan pengecasan nirwayar magnetik melalui MagSafe pada iPhone 12. Kini, ia dilihat beberapa pengeluar lain turut akan mengikut jejak dan memperkenalkan penawaran masing-masing tersendiri tidak lama lagi.

Terbaru, Realme dilihat telah mendaftarkan tanda dagang mereka tersendiri di Eropah, untuk nama MagDart.

Mengikut pendaftaran tanda dagang, ia meliputi pad pengecasan untuk telefon pintar. Penggunaan nama MagDart dilihat merupakan gabungan daripada penjenamaan Dart Charging yang digunakan oleh Realme dan Mag (yang mungkin magnetik, atau mengambil inspirasi MagSafe).

Buat masa ini, ia sekadar pendaftaran tanda dagang sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah produk ini akan diperkenalkan secara rasminya oleh Realme.

Komen