Syarikat Sebalik WordPress Mengambil-Alih PocketCasts – Aplikasi Podsiar

Diterbitkan pada July 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Automattic, syarikat disebalik WordPress, hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih salah satu aplikasi podsiar popular, iaitu Pocket Casts.

Pocket Casts menawarkan akses kepada sejumlah podsiar secara percuma, termasuk dari Amanz sendiri. Ia menawarkan antaramuka yang kemas dan cantik, selain memudahkan anda mendengar podsiar kegemaran pada sebarang platform – termasuk iOS, Android, macOS, Windows, dan banyak lagi.

Pocket Casts dijangka menawarkan kandungan dan ciri-ciri seperti sedia ada walaupun telah menyertai syarikat disebalik WordPress dan Tumblr ini.

Automattic juga menyatakan mereka akan melihat kepada integrasi lebih menyeluruh antara WordPress.com dan Pocket Casts selepas ini, sekaligus memudahkan penerbitan dan mendengar podsiar.

Sebelum ini, pihak WordPress juga telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Anchor yang dimiliki Spotify dalam mengubah terbitan artikel ke bentuk audio dengan mudah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami