WhatsApp Mula Menguji Sandaran Storan Awanan Dengan Penyulitan Hujung-Ke-Hujung

Diterbitkan pada July 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp telah memulakan ujian sandaran awanan yang memerlukan kata laluan sebelum boleh dikembalikan kepada peranti. Penyulitan sandaran hujung-ke-hujung ini telah diminta oleh pengguna yang kini semakin cakna mengenai privasi data sandaran peribadi. Ujian dimulakan selepas tiga bulan ciri ini dibangunkan menurut laporan WABetaInfo sebelum ini.

Pada waktu ini ujian hanya diberikan kepada pengguna Android yang menggunakan sandaran data WhatsApp Beta mereka ke Google Drive. Data ini kemudian disulitkan dengan menggunakan kata laluan. Sekiranya anda terlupa kata laluan, tiada cara untuk mengembalikannya pada peranti. Dengan ciri telah mula diuji, ia mungkin akan diberikan kepada semua dalam masa terdekat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami