Yamaha YH-L700A Dilancarkan Dengan ANC, Audio Spatial Dan Bateri 34 Jam

Diterbitkan pada July 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fon kepal nirwayar amat popular di kalangan peminat audio berkualiti tinggi kerana ia jauh lebih baik berbanding fon telinga. Dengan pemandu audio yang lebih besar dan telinga ditutup, pengguna boleh menyelami muzik yang diminati. Semalam Yamaha YH-L700A telah dilancarkan dan ia sebuah lagi fon kepala yang menyasarkan peminat muzik tegar.

YH-L700A dilengkapi pemandu audio 40mm dan sistem Advanced Active Noise Cancellation yang menurut Yamaha adalah lebih baik berbanding sistem pembatalan hingar aktif lain di pasaran. Sekiranya tidak diperlukan ia boleh dimatikan dan digantikan dengan sistem Ambient Sound yang membenarkan audio dari luar masuk ke telinga.

Ia turut menyokong audio spatial menerusi aplikasi pada peranti Android dan iOS. Dari segi sambungan pula ia adalah menerusi Bluetooth 5.0 dengan codec aptX pada peranti yang menyokongnya. Terdapat pilihan sambungan kabel 3.5mm ke 3.5mm bagi mereka yang ingin menggunakan DAC dan audio yang lebih berkualiti tinggi.

Fon kepala boleh beroperasi sehingga 35 jam tetapi akan berkurangan ke 11 jam sekiranya sistem audio spatial dan ANC diaktifkan. Pengecasan mengambil masa 3.5 jam menerusi port USB-C. Fon kepala Yamaha YH-L700Adijual pada harga £449 (~RM2603) sepasang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami