Walaupun telah mengumumkan sistem operasi Windows 11 baharu yang bakal menyusul, pihak Microsoft masih belum melupakan Windows 10 sedia ada. Terbaru, mengikut jadual pembangunan biasa, Microsoft telah pun mengumumkan kemaskini Windows 10 akan datang, iaitu Windows 10 21H2.
Windows 10 21H2 akan menambah beberapa ciri memfokuskan kepada produktiviti dan juga sekuriti.
Salah satunya adalah sokongan piawiaan WPA3 H2E untuk sekuriti WiFi yang lebih baik. Disamping itu, ia turut akan menawarkan sokongan Windows Hello untuk Perniagaan, selain sokongan GPU untuk WSL (Windows Subsytem for Linux).
Microsoft turut mengatakan bagi mereka yang menggunakan peranti tahun 2004 dan terkini, Windows 10 21H2 ini akan menawarkan pengalaman pemasangan yang lebih pantas.
Kemaskini baharu ini dijangka akan diterima lebih 1.3 bilion peranti aktif Windows 10 seluruh dunia secara berperingkat pada pertengahan kedua 2021 ini.