Cari @ Amanz

Tahukah anda atau mungkin anda lupa yang Instagram dimiliki oleh Facebook? Facebook membeli Instagram pada tahun 2012, di mana ketika itu Instagram hanya ada tiga belas orang pekerja pada harga $1 bilion. Ada khabar menyatakan Mark Zuckerberg rasa terancam dengan kejayaan Instagram adalah faktor beliau membeli syarikat media sosial tersebut.

Instagram

Sejak kebelakangan ini, Facebook mula mempromosikan nama mereka pada aplikasi yang telah mereka miliki seperti WhatsApp dan Instagram. Contohnya di WhatsApp ada logo-logo syarikat milik Facebook. Pada Instagram yang jelas setakat ini hanyalah pada permesejan peribadi kerana IG DM dan FB Messenger telah disatukan. Kini pada Instagram, Facebook dilihat memperingati pengguna untuk tidak melupakan aplikasi Facebook.

Menurut Engadget, Facebook menyatakan kepada mereka yang sekumpulan kecil pengguna Instagram akan melihat iklan (jenis banner) yang mempromosikan ciri eksklusif FB yang tiada pada IG seperti carian kerja, mencari jodoh, sistem jual beli, atau juga berita terkini yang disahkan. Iklan yang terpapar boleh dibuang dan hanya akan dilihat oleh mereka yang tambatkan akaun IG bersama-sama dengan akaun FB sahaja.

Adakah anda antara pengguna yang nampak iklan Facebook dalam aplikasi Instagram? Jika Ya, berikan pendapat anda di ruangan komen. Ketika artikel ini di tulis, beberapa akaun IG pada beberapa peranti berbeza telah saya uji dan masih tidak nampak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd