Cari @ Amanz

Sejak perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, syarikat yang paling terkesan dalam arena teknologi yang sehingga hari ini dibincangkan oleh orang adalah Huawei. Disebabkan isu ini, Huawei tiada lagi akses kepada Google Play Services atau lebih dikenali sebagai GMS.

Disebabkan itu, Huawei bertungkus lumus membangunkan platform mereka sendiri dan membina ekosistem sendiri melalui HMS Core dan juga HarmonyOS. HMS Core seperti namanya adalah teras kepada sistem operasi dan produk digital Huawei. Ia adalah Huawei Mobile Services alternatif kepada Google Mobile Services. Terkini Huawei telah melancarkan versi keenam mereka HMS Core 6.0.

Ia adalah kemaskini kepada aplikasi sistem mereka dalam bentuk .APK. Ya, anda boleh pasang pada peranti dengan GMS. Anda juga digalakkan memasangnya jika ingin menggunakan aksesori audio atau peranti boleh pakai Huawei. Dalam HMS Core 6.0, Huawei telah membawakan sokongan penstriman dan kemampuan memainkan video super-resolution, ciri menjejak audio yang dimainkan mengikut situasi, dan pelbagai perkhidmatan media lain lagi.

Pembangun juga boleh memanfaatkan 3D Modelling Kit, yang mana kini ada ciri kecerdasan buatan untuk membina semula model 3D, menggunakan kamera RGB untuk tujuan e-dagang dan untuk penggunaan aplikasi animasi. Melalui Computer Graphics Kit, ia menggunakan teknologi Vulkan untuk sistem kabus agar persekitaran dalaman lokasi di dalam permua adalah lebih realistik.

Huawei juga memperkenalkan Network Kit serba baharu untuk memanfaatkan teknologi kercerdasan buatan akan sela-masa penggunaan kad SIM seperti panggilan telefon atau data mudah alih kurang 20%. Pembangun harus mengintegrasikan dalam aplikasi mereka untuk menggunakannya. Akhir sekali HMS Core 6.0 turut membawakan perkhidmatan baharu untuk pembangun masukkan dalam aplikasi mereka seperti kit ahli kelab Huawei, kit suntingan video dan kit suntingan audio.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd