Cari @ Amanz

Sebelum ini tular beberapa informasi mengenai Oppo A16 yang dilihat muncul dalam beberapa imej pengolokan dan laman penanda aras. Terkini, ia nampaknya telah dilancarkan secara rasmi di Indonesia dengan tiga tumpuan utama seperti bateri 5,000mAh, skrin besar dan sistem tri-kamera lengkap dengan teknologi AI.

Oppo A16

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A16 didatangkan dengan skrin bersaiz 6.52-inci LCD dengan resolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Ia kemudiannya dipadakan dengan cip MediaTek Helio G35, memori sebesar 3GB RAM (LPDDR4x ), storan dalaman 32GB (eMMC 5.1) dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Seterusnya, sistem tri-kamera yang digunakan terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (monokrom). Kemudian, kamera hadapan 8-Megapixel turut disertakan bagi tujuan tangkapan gambar swafoto dan panggilan video.

Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari sisi, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, ColorOS 11.1 berasakan Android 11 dan lain-lain. Oppo A16 dijual pada Rp1,999,000 (~RM580) untuk sebuah. Terdapat tiga pilihan warna yang tersedia seperti Pearl Blue, Space Silver dan Crystal Black.

Sumber : Oppo Indonesia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd