Perdana Menteri Malaysia hari ini telah berkongsi perkembangan menarik berkaitan suntikan vaksin di Malaysia, dan mengatakan kini ia disasarkan 100% populasi dewasa di Malaysia akan terima dos lengkap vaksin pada bulan Oktober 2021 kelak.
Vaksinasi kini dilihat sebagai kunci utama kejayaan dalam melawan Covid-19. Dengan penemuan varian baharu Covid-19 yag lebih ganas, dan kes positif yang meningkat mendadak, sasaran vaksinasi kini dipercepatkan lagi.
Untuk makluman, pada awalnya, 80% penduduk Malaysia disasar untuk menerima dos lengkap menjelang suku pertama 2022. Ia seterusnya dipercepatkan kepada Disember 2021, dan kini 100% populasi dewasa disasar untuk terima dos lengkap menjelang Oktober 2021.
Dalam usaha mencapaikan, beberapa perkara dirangka, termasuk sasaran semua negeri mencapai kadar vaksinasi melebihi 50% menjelang penghujung Ogos 2021, dan diikuti 70% pada bulan September 2021.
Selangor dan Kuala Lumpur menyasarkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos 2021 dibawah Operasi Lonjakan Kapasiti.
100% populasi dewasa di Sarawak pula dijangka menerima sekurangnya satu dos vaksin menjelang penghujung Ogos 2021.
Kerajaan juga menyasarkan meningkatkan kapasiti kepada 500,000 dos suntikan sehari.