Cari @ Amanz

Apple kini dilaporkan bakal memperkenalkan MacBook Pro baharu dengan pilihan skrin bersaiz 14-inci dan 16-inci, antara bulan September ke November tahun ini.

Perkara ini akan memperlihatkan bulan September ke November akan menjadikan ia antara bulan yang sibuk untuk Apple. Selain pengenalan komputer riba baharu, tempoh berkenaan turut akan memperlihatkan pengenalan sistem operasi baharu, disamping pengenalan iPhone generasi baharu.

Laptop Macbook

MacBook Pro baharu dijangka hadir dengan cip pemprosesan Apple Silicon terbaru, menyertakan sejumlah port untuk memudahkan penyuntingan, serta mungkin menyertakan pengecasan berasaskan sambungan magnetik.

Laporan sama turut menyatakan yang mana Apple sebelum ini menyasarkan pengenalan MacBook Pro pada awal tahun, tetapi melewatkannya disebabkan oleh pengeluaran mini=LED yang menghadapi masalah.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan MacBook Pro baharu oleh Apple ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd