Lanjutan daripada sejumlah desas-desus sebelum ini, hari ini Bloomberg turut berkongsi melalui buletin mereka, mengatakan iPhone 13 tahun ini akan hadir dengan sejumlah penambah-baikkan bersama dengannya.
Antaranya, iPhone 13 dikatakan akan dikuasakan cip Apple A15 yang lebih pantas, rekaan takuk bersaiz lebih kecil, dan juga sokongan bateri lebih lama.
Apple turut dikatakan akan menawarkan ciri AOD (Always on Display) seumpama pada Apple Watch, selain turut menyertakan kadar segar semula sehingga 120Hz.
Dari segi sokongan kamera, Apple iPhone 13 dikatakan akan menawarkan sokongan rakaman video yang ditambah-baik.
Info terbaru ini dihimpunkan oleh Bloomberg melalui buletin mingguan mereka.
Mengikut laporan awal, Apple dijangka memperkenalkan iPhone 13 baru pada bulan September kelak. Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut berkaitan iPhone 2021 ini dengan hampirnya tarikh pengenalan berkenaan.