Cari @ Amanz

Speedtest kini telah mengemaskini laporan bulanan mereka, dan menambah data bulan Jun 2021 yang lepas. Melalui data yang dikeluarkan, kadar kelajuan purata untuk bulan Jun 2021 yang lepas adalah 26.03Mbps.

Kadar kelajuan muat-turun ini memperlihatkan penurunan, berbanding Mei 2021 yang mencatatkan sekitar 27.52Mbps.

Dari segi kadar kelajuan muat-naik pula, ia kini adalah sekitar 10.35Mbps, dan dengan kadar pendam masa 36ms.

Menurut Speedtest, Malaysia kini pada kedudukan tangga ke-89 dari segi kelajuan talian mudah-alih – memperlihatkan penurunan sebanyak 3 anak tangga berbanding bulan lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd