Rasmi : Huawei Menjadualkan Pelancaran Sejumlah Produk Baru Pada 29 Julai Ini

Diterbitkan pada July 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada desas-desus sebelum ini, kini Huawei kini secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan sebuah acara khas pada minggu hadapan – iaitu 29 Julai 2021. Dalam satu kenyataan, memetik laporan ringkas IT Home, Ketua Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu turut mengatakan bahawa siri Huawei 50 juga akan diumumkan pada acara berkenaan.

Katanya lagi,siri berkenaan akan meneruskan tradisi dengan memfokuskan kepada sokongan kamera yang disertakan pelbagai perkara serba baharu bersama-sama dengannya. Selain itu, terdapat laporan terdahulu mengatakan telefon pinta berkenaan bakal menggunakan Snapdragon 888 yang sekadar menyokong rangkaian 4G sahaja. Ia berikutan, isu halangan perdagangan komponen yang menyokong 5G tidak boleh dibeli oleh Huawei.

Seterusnya, antara produk lain yang dijangka turut diperkenalkan kelak adalah seperti Huawei Band 6 Pro, jam tangan pintar kanak-kanak mereka iaitu Huawei Children’s Watch 4X, variasi paparan pintar baharu seperti Huawei Smart Screen S serta Huawei Smart Screen X dan aksesori audio baharu dikenali Huawei Sound X Flamingo.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.

Sumber : Weibo, IT Home

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami