Storan SSD Steam Deck Mungkin Boleh Dinaiktaraf Pasca Pembelian

Diterbitkan pada July 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Steam Deck dilancarkan minggu lalu sebagai konsol mudah alih yang memainkan kandungan permainan PC dari Steam. Pelancarannya disambut baik kerana ramai peminat PC inginkan sebuah konsol mudah alih yang lebih berkuasa berbanding Nintendo Switch. Tiga saiz storan ditawarkan iaitu 64, 256 dan 512 GB yang agak kecil jika dibandingkan dengan storan standard sebuah PC. Kini muncul kemungkinan storan boleh dinaik taraf pasca pembelian.

Di Reddit seorang pengguna u/midnight_watch mendedahkan beliau menghubungi Gabe Newell dan bertanya tentang SSD yang digunakan pada Steam Deck. Gabe berkata SSD M.2 yang digunakan pada model 256 dan 512 GB tidak dipateri pada papan induk. Secara teorinya storan Steam Deck boleh dinaik taraf di kemudian harian. Sebelum ini jika storan ingin ditambah, hanya pilihan kad mikro SD sahaja dibenarkan.

Selepas mesej ini tular di Reddit, Steam pantas mengubah spesifikasi yang dipaparkan pada laman rasmi Deck yang mengatakan SSD tidak boleh digantikan sendiri oleh pengguna. Ini mungkin untuk mengelakkan masalah jaminan terbatal apabila konsol dibuka atau sebarang kerosakan apabila cuba memasang semula Steam OS pada SSD baharu. Model 64GB tidak boleh dinaiktaraf kerana masih lagi menggunakan storan eMMC sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami