Prosegur Membina Kubu Fizikal Untuk Menjamin Keselamatan Kripto Pengguna – Kini Menyimpan Aset Kripto Bernilai 400 Bilion Euro

Diterbitkan pada July 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Isu berkenaan sekuriti kriptowang bukanlah sesuatu yang baru. Secara teknikalnya, walaupun transaksi diantara pengguna ataupun entiti tidak boleh dimanipulasi, dompet kriptowang ini masih lagi tidak begitu selamat, malah institusi-institusi penyimpanan kriptowang juga pernah menghadapi serangan dimana kriptowang yang disimpan mereka telah dicuri oleh para penggodam.

Prosegur, sebuah syarikat keselamatan yang berpangkalan di Madrid, Sepanyol baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan sebuah kubu bunker fizikal yang boleh digunakan untuk menyimpan storan yang mengandungi data kriptowang pengguna.

Kubu ini hadir dengan 550 peti besi, dan dilengkapi dengan sejumlah ciri-ciri keselamatan moden seperti kamera litar tertutup, pengimbas biometrik, pengawal yang bertugas 24/7 dan juga sistem firewall dan rangkaian yang dibina khusus untuk mengekang kemasukan data yang tidak dibenarkan yang menyukarkan pihak penggodam untuk mendapatkan akses kepada mesin-mesin pelayan yang menyimpan kriptowang-kriptowang ini.

Menurut Prosegur, mereka menyimpan kriptowang bernilai sekitar 400 bilion Euro didalam kubu ini, yang disimpan didalam pelayan yang dipanggil Hardware Security Module (HSM) yang bukan sahaja menyimpan aset kripto, tetapi juga menjana, menyimpan dan melindungi kunci-kunci kripto yang diperlukan untuk mengakses dan mengesahkan pemindahan aset-aset kripto ini. Sekiranya mana-mana modul HSM ini didapati telah diceroboh, semua kandungan dalam modul HSM tersebut akan dipadamkan untuk memastikan penggodam tiada akses kepadanya.

Sumber: Tom’s Hardware

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami