Realme GT Explorer Master Edition Akan Menggunakan Sensor Sony IMX766 – Mungkin Berharga Sekitar RM1900

Diterbitkan pada July 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Realme GT Explorer Master Edition bakal membuat kemunculan rasmi pada 21 Julai 2021. Mengulas lebih lanjut mengenainya, beberapa spesifikasi utama telefon pintar telah didedahkan – di mana, ia akan dilengkapi kemasannya adalah berasaskan kulit yang diinspirasikan daripada rekaan bagasi, binaan dagu yang nipis, cip Snapdragon 870 dan skrin dengan kadar segar semula 120Hz.

Tidak habis di situ, kameranya turut akan dilengkapi dengan sensor Sony IMX766 dengan sokongan OIS. Ini juga adalah sensor yang sama boleh ditemui pada model Oppo Find X3 Pro, OnePlus 9 Pro Oppo dan Oppo Reno5 Pro+ 5G sebelum ini. Sekadar selingan, OnePlus Nord 2 kelak turut dibekalkan sensor yang sama.

Berbalik kepada Realme GT Explorer Master Edition, ia juga akan mempunyai memori sehingga 19GB RAM. Bagaimanapun, ia ditawarkan melalui ciri memori maya – di mana ia membolehkan Realme menambah 7GB RAM secara maya pada telefon pintar berkenaan yang sedia menawarkan 12GB RAM. Sekaligus, ia membawakan memori Realme GT Explorer Master Edition menghampiri 19GB RAM dalam memastikan pengalaman penggunaan adalah selesa.

Di samping itu, harga jualannya pula dikatakan telah tertiris menerusi kedai atas talian di China. Melaluinnya, ia mengesahkan harga jualan untuk Realme GT Explorer Master Edition adalah bermula RMB2,999 iaitu sekitar RM1,947. Benar atau tidak harga jualan ini, segalanya bakal terjawan sewaktu pelancaran rasmi kelak. Nantikan.

Sumber : GSMARENA, Realme Weibo

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami