CNN merupakan salah satu saluran berita yang mungkin sedia dikenali ramai. Hari ini, saluran CNN secara rasminya mengumumkan mereka turut akan menyertai arena penstriman video pada awal 2022 kelak, melalui apa dinamakan CNN Plus.
CNN Plus akan menawarkan liputan berita semasa, selain turut menyertakan sejumlah rancangan eksklusif untuk platform penstriman berkenaan.
Buat masa ini, harga langganannya masih tidak diketahui, dan akan diperkenalkan di Amerika Syarikat sahaja untuk peringkat permulaan.
CNN dijangka akan menawarkan pengalaman melalui aplikasi yang sama, tetapi membolehkan pengguna mengakses lebih kandungan dengan melanggan CNN Plus.
Dengan perkembangan terbaharu ini, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak saluran atau penyedia kandungan melancarkan platform penstriman mereka tersendiri pada masa akan datang?