Cari @ Amanz

Masih ingat dengan artikel mengenai pengenalan Huawei MatePad 11 ketika acara Huawei Pack Summer Product Launch tempoh hari? Ketika itu, Huawei telah mengesahkan bahawa ianya akan ditawarkan di Malaysia. Tetapi, mereka langsung tidak berkongsi sebarang informasi berkaitan ketersediaan. Setelah sekian lama menjadi tanda-tanya, nampaknya hari ini jawapannya mula diperlihatkan.

Di mana, Huawei MatePad 11 akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan – iaitu 27 Julai 2021. Bercakap mengenainya, ia merupakan tablet terawal keluaran Huawei yang menyokong skrin dengan kadar segar semula 120Hz. Tablet ini juga menjalankan sistem operasi HarmonyOS 2.0 sama seperti yang digunakan pada Huawei MatePad Pro 12.6-inci.

Untuk spesifikasi khusus, Huawei MatePad 11 dilengkapi skrin bersaiz 11-inci TFT LCD (IPS) LCD dengan resolusi 2560 x 1600 (WQXGA). Ia juga kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 865, bateri 7250mAh kamera swafoto 8-megapixel di hadapan dan kamera belakang 13-megapixel. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong aksesori tambahan seperti stylus terkini Huawei M Pencil generasi kedua dan papan kekunci Smart Magnetic Keyboard baharu.

Seiring pengenalannya, Huawei turut berkongsi perancangan untuk memperluaskan lagi penawaran rangkaian komputer riba di bawah siri Huawei MateBook. Melaluinya, mereka akan memperkenalkan Huawei MateBook D15 dengan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-10 atau Intel Core i5 generasi ke-11 yang didatangkan memori 8GB RAM.

Seterusnya. terdapat juga Huawei MateBook 14 dengan siri CPU AMD Ryzen 4000H dan Huawei D14 dengan cip pemprosesan Intel Core i3 Generasi ke-10. Namun begitu, harga jualan untuk tablet dan komputer riba ini masih belum diumumkan lagi. Kami di Amanz akan mengemaskini mengenainya selepas ia diumumkan secara rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd