Apple iOS 14.7 Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna iPhone

Diterbitkan pada July 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini terbaru untuk pengguna iPhone, iaitu iOS 14.7. Bersama-sama dengannya, ia menyertakan beberapa pembaharuan kepada para pengguna iPhone.

Salah satunya adalah sokongan MagSafe Battery Pack yang telah diperkenalkan oleh Apple baru-baru ini. Ia masih belum dijual di Malaysia, tetapi kemaskini ini membolehkan anda bersedia dengan iPhone anda, dan mendapatkannya bila ia ditawarkan di Malaysia kelak.

Disamping itu, Apple turut menyertakan beberapa kemaskini kecil, termasuk penambah-baikkan pepijat, dan sokongan Apple Podcasts yang ditambah-baik lagi.

Pengguna iPhone, boleh mengemaskini peranti anda hari ini, dan memastikan ia sentiasa menjalankan sistem operasi terbaru hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami