Cari @ Amanz

Anda Kini Boleh Log Masuk Pada Aplikasi Twitter Menggunakan Akaun Google

Link Copied!

Twitter menawarkan pelbagai ciri sekuriti untuk pengguna mereka. Antaranya adalah sokongan dwi-faktor pengesahan, yang mana baru-baru ini Twitter membenarkan pengguna log masuk dengan sau kaedah 2FA sahaja – iaitu kunci sekuriti fizikal. Terkini, Twitter dilihat sedang menguji kaedah lain pula untuk pengguna log masuk ke aplikasi Twitter.

Ciri ini sudah kelihatan sejak bulan lalu, namun hanya baru-baru ini sahaja ia diaktifkan di dalam aplikasi Twitter versi beta untuk Android. Kaedah log masuk ini adalah pengguna kini boleh menggunakan akaun Google sedia ada untuk log masuk ke Twitter.

Muka hadapan apabila aplikasi pertama kali dilancarkan, kini memaparkan pilihan Teruskan dengan Google atau Cipta akaun. Di bawahnya ada penafian mengenai terma dan syarat serta bawah sekali adalah pilihan Log masuk seperti asal. Perlu diingatkan yang pengguna tidak boleh mencipta akaun Twitter baru dengan akaun Google daripada aplikasi, serta jika ada banyak akaun Twitter – hanya sekali sahaja boleh log masuk dengan Google.

Versi aplikasi adalah 9.3.0-beta.04 dan ia boleh dimuat turun di Play Store jika anda sudah mendaftar. Jika tidak, anda boleh cari sahaja fail APK di laman seperti APK Mirror. Buat masa ini ia dilihat terhad pada Twitter untuk Android sahaja.


Komen ()