Carian
YouTube Mengambil-Alih Simsim Dari India – Syarikat Memfokuskan Jual-Beli Berasaskan Video
July 20, 2021 Aman

Pada hari ini, kita sedia melihat sejumlah penjual telah mula menggunakan jualan langsung berasaskan video dalam menarik pengguna dan memaklumkan berkaitan sesuatu produk. Malah, perkhidmatan seperti TikTok sedia memfokuskan arena berkenaan, selain YouTube turut mengatakan sebelum ini akan memperkenalkan beberapa ciri-ciri memfokuskan edagang pada platform mereka.

Selari dengannya, kini YouTube turut mengumumkan mereka akan mengambil-alih Simsim di India.

Simsim sedia memfokuskan kepada membantu syarikat di India untuk berlaih ke arena edagang, dan menggunakan kelebihan video dalam melakukan jual beli. Aplikasi ini menghubungkan penjual dengan penghasil kandungan serta pelanggan.

Melalui Simsim, penerbit kandungan boleh menerbitkan video berkaitan sesuatu produk – sementara pelanggan boleh membeli terus barangan melalui Simsim.

YouTube mengatakan dengan mengambil-alih Simsim, ia boleh membantu peruncit mencapai lebih ramai pelanggan baru dengan kaedah lebih baik lagi.

YouTube mengatakan Simsim akan terus beroperasi secara kendiri buat masa ini, sementara mereka melihat kepada sejumlah kaedah dalam mengintegrasikan penawaran Simsim ke YouTube. 

https://www.youtube.com/watch?v=NgZgbf_3l-s
Komen