Bitcoin Mencapai Nilai Terendah Sejak Tempoh 6 Bulan Lepas

Diterbitkan pada July 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nilai Bitcoin memperlihatkan penurunan sejak beberapa minggu yang lepas, dan hari ini, ia turut mencatatkan nilai terendah dalam tempoh 6 bulan ini, iaitu RM126,689 untuk 1BTC. Kali terakhir nilai sekitar ini dicatatkan adalah pada awal Januari 2021 lepas.

Nilai ini dikatakan merudum disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satunya adalah disebabkan oleh permintaan untuk Bitcoin yang berkurangan sedikit disebabkan salah satunya perubahan perundangan di China.

Selain itu, beberapa negara turut telah mengambil sasaran terhadap penyedia dagangan seperti Binance akhir-akhir ini, membawa kepada penurunan permintaan pada kriptowang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sehingga bilakah kita akan melihat nilai Bitcoin terus merudum sebelum ia meningkat naik kembali.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami