Google Menambah Cadangan Kandungan Pada Android TV Dengan Konsep Pilihan Seakan Tinder

Diterbitkan pada July 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa lagi ciri baharu khusus untuk Android TV dan Google TV. Terkini, Google menawarkan sistem cadangan kandungan baharu pada tab Discover. Cadangan akan dipaparkan berdasarkan sejarah tontonan, sejarah carian, dan lain-lain aktiviti pengguna dalam Android TV.

Kemaskini ini akan diedarkan bermula minggu ini, di mana pengguna akan melihat card baharu muncul dalam tab Discover iaitu “Improve your recommendations” atau pergi terus ke Settings > Device Preferences > Home Screen > Content Preferences. Setiap cards yang terpapar pengguna boleh tekan More like this atau Less like this, yang mana ikonnya terletak di kiri dan kanan seakan menatal suka atau tidak di Tinder.

Laman butiran kandungan juga dikemaskini dengan lebih luas, jelas dan lebih banyak informasi boleh didapati. Video acah akan dimainkan secara automatik jika ada dan pemain berada di bahagian kanan laman kandungan. Pengguna turut boleh matikan ciri ini di tetapan. Selain itu, kini Google telah menambah ciri Add to Watchlist yang mana pengguna boleh terokai tab Discover dan kandungan yang ingin ditonton boleh terus tekan butang Watchlist tadi untuk masukkan dalam senarai ingin tonton.

Kemaskini ini dilihat ditawarkan untuk peranti Android TV yang sedia menjalankan pelancar baharu seakan Google TV dan juga peranti-peranti yang menjalankan Google TV. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami