Twitter Mulakan Ujian Untuk TweetDeck Yang Direkabentuk Dengan Antaramuka Baharu

Diterbitkan pada July 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter hari ini telah memulakan ujian untuk rekaan baharu TweetDeck – dimana ia hadir dengan bentuk susunan serba baharu, selain turut menawarkan beberapa ciri tambahan melaluinya.

TweetDeck baharu ini pada peringkat beta, ia memudahkan pengguna menyusun setiap lajur mengikut apa yang anda gemarkan. Saiz lajur adalah tidak sama – tetapi berbeza mengikut jenis. Seperti bersaiz besar untuk latar masa utama, sedikit kecil untuk panel balasan, dan sementara lajur lain menawarkan rekaan lajur yang hampir sekata.

TweetDeck baharu ini juga turut membolehkan paparan Twitter Cards yang sebelum ini terhad pada laman web utama Twitter sahaja.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh membuka laman TweetDeck hari ini pada pelayar web Chrome anda, mengaktifkan ciri “Developer Tools”, dan menampal kod document.cookie = “tweetdeck_version=beta” pada bahagian Console, dan seterusnya memuatkan kembali laman TweetDeck.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami