Cari @ Amanz

Samsung pagi ini akhirnya mengesahkan acara Galaxy Unpacked yang seterusnya akan berlangsung pada 11 Ogos 2021. Acara akan kekal berlangsung secara atas talian kerana wabak yang masih belum tamat. Di acara ini empat peranti dijangka dilancarkan iaitu Samsung Galaxy Z Fold3, Samsung Galaxy Z Flip3, Galaxy Buds2 dan Galaxy Watch4.

Imej acah acara yang dikongsi oleh Samsung mengesahkan dua peranti skrin boleh lipat terkini mereka akan dilancarkan pada acara ini. Buat pertama kali sejak 2013, model baharu Galaxy Note tidak akan dilancarkan pada bulan Ogos. Permintaan yang semakin rendah untuk Note dan isu kekurangan komponen menyebabkan ia tidak dilancarkan tahun ini. Bagi mengubat kekecewaan peminat Note, Galaxy Z Fold3 tahun ini akan hadir dengan sokongan S Pen Pro yang menyokong bluetooth.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd