Cari @ Amanz

Kamera Phantom TMX 5010 Boleh Merakam Video Pada Tetapan 1.16 Juta FPS

Link Copied!

Huawei Mate 30 ialah telefon pintar yang mampu merakam video pada tetapan 7680 bingkai sesaat. Sehingga kini ini ialah kadar rakaman video tertinggi ditawarkan pada peranti mudah alih. Tetapi kemampuan Mate 30 ini adalah tidak menakjubkan jika dibandingkan dengan kamera Phantom TMX 5010.

Phantom TMX 5010 boleh merakam video 640×64 pixel pada tetapan 1.16 juta bingkai sesaat. Ini dihasilkan untuk kegunaan di makmal bagi tujuan melakukan eksperimen. Kamera dilengkapi dengan memori sebesar 512GB RAM dengan lebar jalur sehingga 50Gpx/s.

Walaupun mempunyai kemampuan rakaman kelajuan tinggi, TMX 5010 bukan model paling mercu yang ditawarkan pengeluar. Phantom TMX 7510 ialah sebuah lagi model yang telah dilancarkan sebelum ini dengan rakaman video sehingga 1.75 juta bingkai sesaat. Harga jualan masih belum diumumkan pada waktu ini tetapi dianggarkan mencecah $80,000 (~RM 339,000) sebuah.


Komen ()