KitaJaga merupakan salah satu inisiatif yang telah dimulakan sejak awal bulan lepas, memudahkan orang ramai menghubungkan kepada bantuan kepada mereka yang memerlukan. Selepas ditawarkan dalam bentuk web selama ini, kini aplikasi rasmi KitaJaga turut diterbitkan untuk pengguna iPhone.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan carian bank makanan atau bantuan berdekatan. Disamping itu, sekiranya anda memerlukan bantuan juga, anda boleh menggunakannya dalam memohon bantuan daripada mereka yang berdekatan.
Aplikasi natif ini dilihat berfungsi dengan lebih lancar berbanding versi web – disamping ciri lokasi dan lain-lain yang berfungsi dengan jitu.
Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat-turun aplikasi KitaJaga hari ini melalui AppStore.