Nikkei kini melaporkan yang mana Apple hanya akan menawarkan iPhone dengan sokongan rangkaian 5G sahaja bermula tahun 2022. Perkara ini akan dilakukan dengan kemaskini kepada iPhone SE yang bakal hadir dengan sokongan rangkaian 5G pada tahun hadapan.

Apple dikatakan akan memperkenalkan iPhone SE 5G pada pertengahan pertama 2022, dan hadir dijana berasaskan cip Apple A15. Apple iPhone SE 5G ini akan menggunakan cip Qualcomm X60 untuk modem 5G pada peranti berkenaan.
iPhone SE 5G ini juga dijangka menawarkan rekaan lebih kurang seperti iPhone 8, serta dilengkapi dengan panel 4.7-inci LCD.
Apple sebelum ini telah memperkenalkan iPhone SE pertama kalinya pada tahun 2016, sebelum memperkenalkan kemaskini pada tahun 2020 yang lepas. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1999, sekaligus menjadikannya antara peranti yang berbaloi dimiliki di pasaran.