Carian
Tiada iPhone Mini Pada 2022 – Apple Dijangka Menawarkan Variasi iPhone Dengan Skrin Besar
July 21, 2021 Aman

Apple pada tahun lepas telah memperkenalkan iPhone 12 Mini yang hadir dengan skrin bersaiz 5.4-inci – menjadikannya salah satu telefon pintar dengan skrin kompak pada pasaran. Namun, jualannya dilihat tidak begitu tinggi berbanding model-model lain.

Terbaru, menurut laporan Nikkei, Apple dijangka akan menamatkan penawaran iPhone Mini pada tahun hadapan, 2022. Sebaliknya, Apple akan mengekalkan penawaran 4 model pada 2022 dengan menambah variasi iPhone Pro Max tetapi pada harga lebih rendah berbanding versi premium berkenaan.

Dengan ini, kita akan melihat dua variasi iPhone dengan skrin 6.1-inci, dan juga dua dengan skrin 6.7-inci pada 2022 kelak. Ini bermakna, masing-masing akan hadir dengan variasi iPhone biasa, dan juga iPhone Pro.

Apa pun, untuk tahun ini, Apple dijangka akan terus mengekalkan penawaran iPhone 13 Mini kepada pengguna.

Komen