Qualcomm Memperkenalkan Wearables Ecosystem Accelerator Program Untuk Memudahkan Kolaborasi Dan Pembangunan Peranti Boleh-Pakai

Diterbitkan pada July 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Qualcomm ialah nama pembuat komponen cip pemprosesan yang cukup terkenal untuk menguasakan majoriti besar peranti-peranti pintar yang digunakan hari ini. Walaupun begitu, setelah memperkenalkan cip mereka sendiri untuk peranti boleh-pakai seperti jam pintar, para pembangun peranti masih berasa sukar untuk menyelaraskan pembangunan dan kemaskini aksesori-aksesori ini, tidak seperti peranti pintar.

Oleh kerana ini, Qualcomm telah memperkenalkan program yang dinamakan Qualcomm Wearables Ecosystem Accelerator Program yang dilihat memudahkan kerjasama diantara jenama-jenama pembuat peranti bersama-sama Qualcomm dan juga jenama-jenama lain.

Qualcomm turut mengatakan bahawa mereka telahpun mendapatkan sebanyak 50 syarikat untuk berdiri dibawah payung program ini, termasuklah ARM, BBK, Fossil dan sebagainya. Syarikat-syarikat ini bukan sahaja boleh berkongsi maklumat baru mengenai komponen-komponen terbaru Qualcomm, dan cara-cara terbaik untuk mengimplimentasi teknologi baru ini dalam peranti-peranti mereka.

Dengan kerjasama baru dibawah program ini, ia dijangka bahawa jenama-jenama pembuat peranti boleh-pakai akan hadir dengan aksesori yang lebih mesra pengguna dengan prestasi yang lebih baik. Diantara penggunaan terbaik cip peranti boleh-pakai Qualcomm ialah dengan sistem operasi WearOS, tetapi Qualcomm juga dilihat mahu menjadi pilihan utama untuk peranti-peranti yang hadir dengan sistem operasi boleh-pakai mereka sendiri.

Sumber: Qualcomm

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami