Carian
Instagram Memperkenalkan Ciri Kawalan Kandungan Sensitif Untuk Tapis Kandungan Di “Discover”
July 21, 2021 Fahim Zahar

Agak sukar untuk mengawal siapa yang boleh mendaftar akaun Instagram, lebih-lebih lagi kalau usia dan informasi tarikh lahir boleh sahaja ditipu. Di Instagram ada kira-kira satu bilion pengguna aktif setiap bulan dan selain daripada syarat yang ditetapkan Instagram – pengguna boleh siarkan pelbagai jenis kandungan tidak kiralah ia yang baik, sensitif, tidak senonoh atau pun yang tidak bersesuaian dipaparkan di umum.

Disebabkan itu, Instagram telah memperkenalkan ciri Kawalan Kandungan Sensitif. Melalui ciri ini, kandungan yang terpapar di bahagian Explore Instagram dapat dihadkan. Instagram menawarkan tiga pilihan iaitu Benarkan (Allow), Had (Limit, pilihan lalai), dan juga Hadkan Lebih Banyak (Limit Even More). Pilihan Benarkan hanya boleh digunakan oleh pengguna berusia 18 tahun dan ke atas sahaja. Jika kurang, pilihan terhad kepada dua sahaja.

Kedua-dua pilihan had akan mengehadkan kandungan yang bersesuaian dengan semua orang. Dalam ujian saya, ia memaparkan lebih banyak kandungan meme, makanan, selebriti terkenal di kalangan kanak-kanak dan juga kandungan yang sesuai yang ibu bapa tidak perlu pantau apa yang anak mereka lihat.

Komen