Cari @ Amanz

Tumblr merupakan salah satu platform penerbitan kandungan yang telah diambil-alih oleh pemilik WordPress, Automattic pada tahun 2019 yang lepas. Selepas sekian lama senyap tanpa kemaskini, hari ini Tumblr mengumumkan ciri langganan berbayar dinamakan Post+.

Post+ ditawarkan kepada penerbit kandungan, membolehkan mereka menetapkan tiga langganan berbayar berbeza untuk pengikut dan pembaca mereka – iaitu $3.99, $5.99 dan $9.99.

Post+ hadir selari dengan pengenalan ciri langganan berbayar yang diperkenalkan pada sejumlah platform lain – sekaligus membolehkan penerbit kandungan menjana pendapatan melaluinya.

Pada hari ini, Tumblr digunakan hampir 48% oleh Gen Z, dan pengenalan ini dijangka akan membantu mereka kekal pada platform berkenaan, dan menjana pendapatan melaluinya.

Untuk makluman, sejumlah perkhidmatan hari ini membolehkan penerbit kandungan menjana pendapatan atau menerima sumbangan daripada pembaca atau pengikut – termasuk Twitter, Clubhouse, YouTube, Twitch, dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd