Samsung Galaxy S22 Dijangka Hadir Dengan Pengecasan Pantas 65W

Diterbitkan pada July 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berbeza dengan sejumlah pengeluar lain yang menawarkan pengecasan pantas mencapai 100W, Samsung masih menawarkan pengecasan sekitar 25W pada peranti mereka. Namun, perkara berkenaan dijangka berubah pada tahun hadapan.

Menurut desas-desus terbaru, Samsung diperkatakan akan memperkenalkan sokongan pengecasan mencapai 65W pada Galaxy S22 kelak.

Samsung Galaxy S21

Dengan pengecasan pantas dengan kuasa tinggi, ia akan membolehkan peranti dicas dalam waktu yang lebih pendek dan pantas.

Mungkin Samsung mengambil masa sedikit lama dalam hadir dengan sokongan pengecasan pantas ini, supaya kes Galaxy Note 7 melibatkan bateri kembali menghantui syarikat Korea Selatan berkenaan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan sehingga awal tahun hadapan untuk melihat kejutan yang hadir bersama Galaxy S22 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami