Clubhouse hari ini mengumumkan mereka telah menamatkan fasa beta, sekaligus membuka aplikasi mereka untuk diakses dan disertai oleh semua pengguna seluruh dunia.
Dengan langkah ini, kini pengguna tidak lagi memerlukan jemputan untuk menyertainya – sebaliknya sesiapa sahaja boleh memuat-turun dan mendaftar akaun utuk menggunakannya.
Dengan perubahan ini, Clubhouse dijangka akan menerima penyertaan pengguna baharu, sekaligus membolehkan ia terus bersaing dalam arena perkongsian sosial berasaskan audio ini.
Bersama-sama pengumuman ini, Clubhouse turut memperkenalkan logo baharu untuk perkhidmatan mereka.
- Muat-Turun Clubhouse untuk Android
- Muat-Turun Clubhouse untuk iPhone