Elon Musk Mengesahkan SpaceX Turut Mempunyai Pegangan Bitcoin – Selain Tesla

Diterbitkan pada July 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk sedia terkenal dalam arena kriptowang dengan pelbagai komentar yang sering memberikan kesan kepada kenaikkan nilai sesuatu kriptowang – terutamanya Bitcoin dan Dogecoin.

Elon Musk sedia mengesahkan sebelum ini yang mana Tesla membuat pelaburan dan mempunyai sejumlah pegangan untuk Bitcoin.

Bitcoin

Kini, selain daripada Tesla, syarikat memfokuskan aeroangkasa dibawah beliau, iaitu SpaceX, turut disahkan mempunyai pegangan Bitcoin.

Pada masa yang sama, Elon Musk mengatakan yang mana penggunaan tenaga oleh rangkaian Bitcoin memperlihatkan penambah-baikkan berbanding sebelumnya – dan Tesla masih sedang membuat semakan, dan mungkin menerimanya kembali sebagai medium pembayaran pada masa akan datang.

Nilai Bitcoin juga memperlihatkan sedikit peningkatan lanjutan daripada ini, selepas jatuh mencapai nilai terendah dalam tempoh 6 bulan lepas sebelum ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami