Ujian Beta Permainan New World Dilihat Merosakkan Sejumlah Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090

Diterbitkan pada July 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

New World ialah sebuah permainan MMORPG keluaran Amazon Games yang sedang melalui fasa ujian beta yang mana beberapa ratus ribu pemain sedang menguji permainan tersebut, dan terdapat beberapa laporan yang agak merisaukan tentang permainan tersebut.

Paling utama ialah bagaimana terdapat sejumlah pengguna yang melaporkan bahawa kad grafik mereka rosak apabila mereka sedang bermain permainan tersebut, dan sejumlah besar, jika tidak kesemua kad-kad grafik yang dilaporkan rosak ini ialah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090, iaitu kad grafik gaming kelas pengguna yang paling berkuasa dan mahal di pasaran sekarang.

Masalah ini dilihat hadir secara khusus untuk para pemilik kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090, khususnya model yang hadir dengan jenama EVGA. Amazon Games mengesahkan laporan-laporan tentang kad grafik yang rosak akibat permainan ini, tetapi mengatakan ia hanya mempengaruhi sejumlah kecil kad grafik tersebut.

Ia tidak diterangkan apakah kerentanan yang menyebabkan masalah yang membunuh kad-kad grafik ini, tetapi Amazon Games mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan kemaskini untuk memperbaiki isu ini tidak lama lagi. Buat masa ini, Amazon Games menyarankan penguji beta permainan New World untuk tidak bermain permainan ini sehingga kemaskini tersebut dikeluarkan.

Sumber: The Verge

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami