Twitter Dilihat Sedang Menguji Fungsi “Mengundi” Sesuatu Balasan Pada Platform iOS

Diterbitkan pada July 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Twitter, pengguna diberi pilihan untuk menciap-semula (retweet) ataupun menekan butang Like yang dilihat sebagai satu cara neutral untuk berinteraksi dengan ciapan pengguna Twitter yang lain.

Twitter juga dilihat bereksperimen dengan pelbagai ciri-ciri baru seperti Twitter Spaces, pembayaran PayPal terbina dan juga Fleets yang sayangnya akan dimatikan tidak lama lagi.

Terkini, Twitter dilihat sedang menguji fungsi downvote yang menunjukkan ketidakpuashatian pengguna terhadap suatu ciapan. Fungsi ini dilihat sedang diuji pada aplikasi Twitter untuk iOS bagi para pengguna terpilih, yang mana ia diletakkan di bahagian sama seperti Retweet dan juga Like.

Perbezaan paling ketara, oleh kerana ini hanyalah sebuah fungsi eksperimentasi, fungsi downvote ini hanya boleh dilihat oleh pengguna yang menggunakannya, dan ia tidak dapat dilihat oleh pengguna lain, walaupun pemilik ciapan tersebut.

Fungsi downvote ini dilihat sebagai ciri interaksi yang sama seperti apa yang ditawarkan oleh Reddit, dan jika menjadi rasmi, ia merupakan kali pertama Twitter akan membenarkan interaksi berunsur negatif pada platform mereka.

Twitter turut mengatakan bahawa ciri ini masih lagi dalam fasa eksperimentasi, dan mereka tiada pelan untuk mengimplimentasi fungsi ini secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami