Carian
Rekaan Dua Pengecas Nirwayar Realme MagDart Tertiris
July 22, 2021 Effi Saharudin

Realme akan melancarkan dua pengecas nirwayar mereka yang menurut beberapa ura-ura mampu mengecas pada kadar yang pantas. Pagi ini rekaan pengecas MagDart mereka telahpun tertiris menerusi laman Gizmochina.

Rekaan pertama adalah sama seperti pengecasan MagSafe Apple dengan pad nipis berbentuk bulat dan mungkin hanya menyokong satu peranti pada satu-satu masa. Seterusnya sebuah lagi pengecas nirwayar yang lebih besar berbentuk kotak dengan rekaan lebih tebal. Ia turut mempunyai kekisi udara untuk menyejukkan komponen. Ini besar kemungkinan pengecas MagDart yang boleh mengecas pada kuasa yang lebih tinggi serta lebih pantas.

Dapat juga dilihat pada pengecas kedua terdapat port USB-C yang boleh ditanggalkan. Tiada maklumat bilakah pengecas ini akan dilancarkan atau output kuasanya. Yang pasti dengan pengecas nirwayar ditawarkan, sedikit demi sedikit ia kan menjadi norma baharu kesemua peranti di pasaran.

Komen