Cari @ Amanz

Proton X70 SE Dilancarkan Dalam Jumlah Terhad Pada Harga RM123,800

Link Copied!

Harini Proton X70 SE telah dilancarkan dan selari dengan statusnya sebagai kenderaan edisi terhad hanya 2000 unit sahaja akan ditawarkan di Malaysia. SUV ini dilengkapi enjin 1.8L TGDi dan kesemua ciri tambahan seperti ADAS, kemasan yang sporty, spoiler dan rim tayar sebesar 19-inci.

Ia akan ditawarkan dalam warna baharu Ocean Blue dan Ruby Red dengan bahagian atap, spoiler dan cermin belakang berwarna hitam. Kemasan bahagian dalaman juga menerima sentuhan eksklusif dengan kerusi kulit Nappa dan bahagian tikar dengan logo khas X70 SE.

Dari segi keselamatan, kenderaan dilengkapi enam sistem beg udara SRS, sistem pemantauan tekanan udara tayar, dan kamera dengan pandangan 360 darjah. Sistem penapisan udara kenderaan juga adalah dari jenis N95 yang boleh menapis bakteria dengan baik.

Di Malaysia Proton X70 SE ditawarkan pada harga sebelum cukai RM123,800 sehingga 31 Disember 2021 dengan pesanan secara atas talian boleh dilakukan pada harga RM99 sahaja.


Komen ()