Cari @ Amanz

Maybank dalam satu perkongsian baharu di laman media sosial rasminya mengumumkan bahawa beberapa perkhidmatan utamanya tidak dapat diakses dalam tempoh masa tertentu pada 24 Julai 2021 (Sabtu). Antara perkhidmatan utama yang terlibat adalah seperti senarai di bawah :

  • Maybank2u & pembayaran atas talian.
  • Aplikasi MAE.
  • Aplikasi QRPay Biz.
  • Aplikasi Maybank Wealth.
  • Pembayaran FPX.
  • Transaksi kad debit.
  • Mesin ATM.
  • Mesin deposit cek.
Maybank

Perkhidmatan-perkhidmatan tersenarai tidak akan beroperasi dari jam 11.30 malam hingga 11.59 malam pada tarikh berkenaan. Ia berikutan, penyelenggaran sistem oleh Maybank bagi membolehkan pengguna menikmati pengalaman membeli-belah tanpa gangguan pada jualan pertengahan tahun (Payday Sale) yang berlangsung. Sebarang pertanyaan lebih lanjut, boleh menghubungi Maybank secara terus menerusi emel yang disediakan – [email protected].

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd