Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini dilihat mula ditawarkan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan keatas. Menurut laporan Sinar Harian, ia telah disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) dan pendaftaran bagi pengambilan vaksin tersebut dibuka menerusi aplikasi Mysejahtera.

Pada peringkat awal, ia lebih mengutamakan mana-mana pelajar yang lahir pada tahun 2003 ke atas dan menyambung pengajian ke luar negara. Pada masa sama, mana-mana kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi turut diberikan keutamaan. Dengan pengambilan langkah ini diharapkan ianya dapat membendung kes harian Covid-19 dari terus meningkat.
Sumber : Sinar Harian