Aplikasi Astro Go Untuk Televisyen Android TV, Tizen dan webOS Masih Sedang Dibangunkan

Diterbitkan pada July 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hampir setahun yang lalu Astro memulakan ujian skala kecil aplikasi Astro GO pada televisyen pintar Android TV keluaran Sony dan Sharp. Selepas hampir setahun ia masih belum dikembangkan kepada televisyen pintar Android TV pengeluar lain yang membuatkan wujud spekulasi pembangunan dihentikan lebih-lebih lagi selepas kotak penstriman Astro Plug & Play Box dilancarkan hari ini.

Tetapi ketika sesi soal jawab bersama pihak media sebentar tadi, wakil Astro mengesahkan pembangunan aplikasi televisyen pintar masih sedang dilakukan. Selain Android TV, aplikasi untuk televisyen pintar Samsung Tizen dan LG webOS juga sedang dijalankan serentak. Cuma pada waktu ini Astro menumpukan perhatian terlebih dahulu untuk menyokong aplikasi pada kotak TV mereka yang berasaskan Linux dan aplikasi telefon pintar sedia ada.

Astro walau bagaimanapun tidak memberikan tarikh bilakah aplikasi televisyen pintar Astro GO ini akan akhirnya ditawarkan kepada semua pelanggan mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami