Cari @ Amanz

Selepas hampir dua bulan dilancarkan di Malaysia, aplikasi rasmi Disney+ Hotstar akhirnya boleh dimuat turun pada televisyen LG yang menggunakan sistem operasi webOS. Aplikasi sebenarnya sudah ditawarkan sejak 1 Julai lalu tetapi pengguna melaporkan ia dipenuhi pepijat. Versi terkini yang boleh dimuat turun menerusi LG Content Store menyelesaikan beberapa isu namun aplikasi masih kehilangan beberapa ciri.

Pertama sekali pengguna melaporkan masih tidak boleh mengakses kandungan pada resolusi 4K, Dolby Surround dan Dolby Vision. Akaun bantuan pelanggan Disney+ Hotstar Malaysia sendiri mengesahkan ciri masih dalam proses untuk dibawa ke webOS dan masa ini hanya disokong pada aplikasi Android TV dan Apple TV sahaja pada waktu ini. Aplikasi rasmi untuk Tizen, Playstation dan Xbox pada waktu ini masih belum diketahui bilakah akan dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd