Hotlink Perkenal Pakej Prabayar Internet Untuk 365 Hari – RM20 Untuk 10GB Data 365 Hari

Diterbitkan pada July 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maxis kini hadir dengan sebuah pelan Prabayar Internet 365 Hari yang baharu, membolehkan anda mendapatkan pakej berkenaan dan melanggan internet berkelajuan tinggi untuk digunakan sepanjang tahun.

Sebanyak tiga pelan data ditawarkan dibawah pelan ini, iaitu 2GB pada harga RM6, 4GB pada harga RM10, dan 10GB pada harga RM20.

Menariknya, pelan data ini adalah aktif untuk digunakan selama 365 hari – dan anda perlu memastikan SIM anda aktif untuk tempoh berkenaan. 

Pelan ini menawarkan tempoh aktif selama 60 hari, dan Maxis turut menyediakan penambahan RM30 untuk memastikan tempoh aktif SIM selama 365 hari.

Bagi anda yang mempunyai akses internet di rumah dan pejabat, mungkin pelan ini sesuai – membolehkan anda menikmati internet berkelajuan tinggi bila diperlukan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami