Maxis sebelum ini sedia menawarkan pakej Hotlink Postpaid + Maxis Fibre pada harga RM99 sebulan, dimana ia menawarkan data 20GB sebulan untuk peranti mudah-alih, dan akses internet di rumah pada kelajuan 30Mbps.
Kini, selain daripada pakej berkenaan, Maxis turut hadir dengan sejumlah pilihan pakej baharu pada kelajuan mencapai sehingga 800Mbps.
Melalui pakej ini, untuk pelan mudah-alih, pelan dinaik-taraf kepada Hotlink Postpaid 60. Ia menawarkan akses internet 30GB, YouTube 30GB, selain panggilan dan SMS tanpa had.

Pakej mudah-alih ini disatukan dengan akses internet rumah berkelajuan tinggi bermula 30Mbps pada harga RM149 sebulan, sehingga 800Mbps pada harga RM359 sebulan.


Bagi anda yang sedia menggunakan pelan prabayar Hotlink dan Maxis Fibre, mungkin boleh gabungkan pakej berkenaan, dan menikmati penjimatan melalui berkas yang ditawarkan ini.