Desas-Desus Baru Hadir Mengatakan Kembali iPhone 13 Akan Hadir Dengan Pilihan 1TB

Diterbitkan pada July 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa penganalisa sedia mengatakan sejak awal tahun yang mana Apple mungkin memperkenalkan iPhone dengan storan 1TB pada tahun ini. Namun, beberapa minggu lepas, pihak TrendForce menidakkan perkara berkenaan.

Apa pun, kini, desas-desus baru hadir memperkatakan kembali yang mana iPhone 13 bakal hadir dengan pilihan storan 1TB.

Apple iPhone 12

Mengikut laporan penganalisa terbaru, ia diperkatakan iPhone 13 mungkin hadir dengan pilihan storan 1TB – sekali ganda berbanding pilihan hari ini yang mempunyai storan tertinggi 512GB. Disamping itu, Apple turut dijangka menawarkan penambahan ciri Lidar pada iPhone tahun ini.

Sekiranya benar, maka kita akan melihat iPhone ditawarkan pada harga lebih tinggi disebabkan peningkatan pilihan storan.

Pada hari ini, iPad sedia ditawarkan dengan pilihan storan berkenaan, dan tidak mustahil Apple turut melakukannya pada iPhone. Tetapi, adakah kita akan melihatnya pada tahun ini.

Atau adakah Apple akan mengehadkan storan kepada 512GB, supaya lebih ramai melanggan storan iCloud yang membawa pendapatan berulang setiap bulan?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami