Cari @ Amanz

Google sering hadir dengan rekaan logo Google yang unik untuk sesuatu peristiwa atau kenangan. Terbaru, Google telah pun hadir dengan doodle khusus selari dengan Sukan Olimpik yang berlangsung di Tokyo.

Doodle baharu ini mengambil tema retro 16-bit, dan menawarkan bentuk permainan seperti beberapa permainan popular yang lain.

Pengguna boleh mengawal watak mereka dengan gerakkan ia ke kiri dan kanan, selain beraksi dalam sejumlah permainan untuk mencatatkan markah tertinggi.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak Doodle Champion Island hari ini, dan menjadi juara dalam permainan berkenaan hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd