Sejumlah Perkhidmatan Web Dan Internet Tergendala Disebabkan Masalah DNS
July 23, 2021
Web 2.0
Aman
Sejumlah besar perkhidmatan berasaskan web dan internet kini dilihat tergendala dan sukar diakses, disebabkan oleh masalah berkaitan dengan DNS.
Beberapa pihak mengaitkan masalah ini disebabkan oleh perkhidmatan Akamai.
Antara perkhidmatan yang terjejas adalah termasuk PlayStation Network, Steam, selain perkhidmatan web seperti TikTok, Airbnb, Spotify, dan sebagainya.
Pihak Akamai sendiri mengesahkan masalah melibatkan Edge DNS mereka, dan mengatakan sedang menyiasat berkenaan dengan masalah ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.